diindonesia haramkah?

25 Mei 2016 - Payment System Terbaru Untuk Bursa Jual Beli telah kami hadirkan.
Untuk informasi lebih lengkap dapat dilihat di http://modifika.si/630917

Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 10 of 36
  • Thread Tools
  • Short URL:  http://modifika.si/143908
  • Share on facebook
  • Share on twitter
  1. #1
    Sersan Mayor
    Posts
    982
    Power
    M-Store Point
    0
    Online
    22 Hrs 27 Mins 41 Secs

    diindonesia haramkah?

    Lumba haram

    Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

    Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian.
    Isi kandungan

    Jenis perlumbaan haram
    * Perlumbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
    * Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan laluan perlumbaan sebelum perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan tersebut.
    * Perlumbaan lebuhraya - Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba. Kawasan lebuhraya sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang tinggi, oleh itu pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuhraya itu sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat.
    * Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang digambarkan di dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Melalui teknik drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift amat sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut.

    Ubahsuai kenderaan yang dilarang
    Kenderaan yang terlibat dalam lumba haram sering melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan mereka, di mana kebanyakannya adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang jalan raya.

    Antara ubahsuai kenderaan yang dilarang termasuklah:-
    * menukar enjin tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), misalnya memasang enjin 4G63 dari kereta Mitsubishi Lancer Evolution pada kereta Proton Iswara.
    * memasang pengecas turbo tanpa kebenaran JPJ.
    * memasang sistem ekzos yang bising dan melebihi paras bunyi yang dibenarkan oleh JPJ serta mempunyai paras asap yang melebihi paras yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
    * memasang cermin gelap melebihi paras dibenarkan.
    * menggelapkan lampu-lampu kenderaan.
    * memasang sistem nitrus oksida.

    Punca lumba haram
    Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:-
    * Pengaruh rakan sebaya.
    * Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan siri filem The Fast and the Furious. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran tersebut.
    * Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D.
    * Majalah kenderaan ubahsuai.
    * Permainan video seperti Need for Speed: Underground dan Need for Speed: Most Wanted.
    * Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang adalah mahal berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada).
    * Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.

    Akibat lumba haram
    * Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan pelumba haram motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada lumba haram. Oleh itu, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
    * Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat di kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah wang yang sememangnya mempunyai kaitan dengan perjudian, penganjur perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri.
    * Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan industri automotif berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal serta pengubahsuaian kenderaan. Sungguhpun demikian, persaingan di kalangan pelumba haram mengakibatkan pelumba haram membazirkan banyak wang dengan sia-sia untuk mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa dan tabiat sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.
    * Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir pelumba haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan kenderaan mereka kepada pemenang.

    Usaha mencegah lumba haram
    Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi mengurangkan gejala lumba haram terutamanya di kalangan remaja seperti berikut:-
    * Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix dan Pesta Pasti Honda. Di dalam kedua-dua perlumbaan tersebut penganjur perlumbaan mengenakan bayaran penyertaan yang rendah serta subsidi bagi peserta baru untuk menggalakkan remaja menyertainya.
    * Memperbanyakkan rondaan serta pemantauan oleh pihak polis. Untuk membolehkan pihak polis membanteras gejala lumba haram dengan lebih berkesan, pihak polis perlu disediakan kereta atau motosikal yang lebih laju dan lebih berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan kereta dan motosikal talaan kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju untuk mengejar pelumba haram.
    * Mengadakan kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan awam.
    * Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta hukuman yang lebih berat terhadap pesalah lumba haram.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Lumba_haram

  2. Delapan Satu
  3. #2
    Sersan Kepala
    Location
    Kelapa Gading, Jakarta Utara
    Posts
    579
    Power
    M-Store Point
    0
    Online
    2 Days 4 Hrs 31 Mins 16 Secs
    Lumba = dolphin
    Lomba = Race

    BMW e46 330i ESS Supercharger - Chromium Umnitza angel-eyes 6000K - Magnaflow exhaust

  4. #3
    Letnan Jendral
    Location
    jakarta - bandung
    Posts
    22,195
    Power
    100 
    M-Store Point
    0
    Online
    3 Wks 4 Days 22 Hrs 16 Mins 59 Secs
    Quote Originally Posted by autowerke View Post
    Lumba = dolphin
    Lomba = Race

    ** Pertamax ***
    lumba-lumba haram kali maksutnya yak???
    LowFirm
    Indonesian Car Lifestyle

  5. #4
    Kapten
    Posts
    2,082
    Power
    27 
    M-Store Point
    0
    Online
    15 Hrs 13 Mins 56 Secs
    nice post gan....

  6. #5
    Kolonel
    Location
    plat R
    Posts
    9,873
    Power
    10 
    M-Store Point
    0
    Online
    2 Days 7 Hrs 1 Min 47 Secs
    kaga ngerti dah....

  7. #6
    Letnan Jendral
    Location
    Banten
    Posts
    25,662
    Power
    100 
    M-Store Point
    0
    Online
    1 Mth 3 Wks 2 Days 46 Mins 9 Secs
    Indonesian please deh ahhhhhhhh.........

  8. #7
    Letnan Kolonel
    Location
    **sunyi,senyap,sempit,seimprit**
    Posts
    5,157
    Power
    22 
    M-Store Point
    0
    Online
    2 Wks 9 Hrs 18 Mins 28 Secs
    hahahha..... thread apaan nih ?
    bahas lumba- lumba apa perlombaan ?:confused:

    *beda penafsiran bahasa nih....... jd rancu gini

  9. #8
    Kapten
    Location
    Bandung Kota Mercy
    Posts
    2,521
    Power
    M-Store Point
    0
    Online
    1 Wk 5 Days 16 Hrs 47 Mins 43 Secs
    Haha...gua baru tau..drag race di malay namanya lumba pecut...

  10. #9
    Letnan Jendral
    Location
    Banten
    Posts
    25,662
    Power
    100 
    M-Store Point
    0
    Online
    1 Mth 3 Wks 2 Days 46 Mins 9 Secs
    Quote Originally Posted by andhikarahadian View Post
    Haha...gua baru tau..drag race di malay namanya lumba pecut...
    emang bisa yah lumba2 di pecut???
    gw pikir cuma kuda dan sapi aja yg di pecut...
    Huhuhuhuhuhuhu

  11. #10
    Letnan Satu
    Location
    magelank,sala3,bali,now at karawaci
    Posts
    1,816
    Power
    18 
    M-Store Point
    0
    Online
    N/A
    koq bisa lumba sih ya?aneh bahasa malay....

    polis....emang polis asuransi!wkwkwkwk

 

 
Page 1 of 4 1234 LastLast
Venom 300x250 MBtech

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

Back to top